Translate

PENCEMARAN UDARA

Maksud
Pencemaran udara bermaksud terdapat benda asing dalam kepekatan yang menganggu atau membahayakan manusia, tumbuh-tumbuhan, binatang dan harta benda. Benda asing ini adalah di dalam bentuk abuk, asap, kabus, wap dan gas.

Punca-Punca Pencemaran Udara
  • Bencana Alam
  • Asap Kenderaan
  • Pembalakan Terbuka
  • Penerokaan Tanah
Kesan -Kesan Pencemaran Udara 
  • Kesan Terhadap Kesihatan Manusia – sistem  pernafasan 
  • Kesan Terhadap Tumbuh-tumbuhan – nekrosis (Keguguran Daun), Klorosis (Pertukaran  Warna), Perubahan Pertumbuhan                                        
  • Kesan terhadap Binatang Ternakan– terancam dan terbunuh
  • Kesan terhadap Bahan – mengotorkan permukaan bahan terutamanya kepada bangunan, pakaian dan benda-benda lain.
  • Kesan terhadap Lapisan Ozon – penyusulan lapisan ozon bumi

Langkah -Langkah Mengatasi Pencemaran Udara
  • Penggunaan CFC ialah Kloroflorokarbon(CFC) adalah bahan yang stabil dan dikenali dengan nama am freon. Oleh itu, sumber alternatif harus digunakan untuk menggantikan kloroflokarbon misalnya denagn hidrokloroflorokarbon(HCFC)
  • Dari segi Perundangan, pelbagai undang-undang digubal dengan tujuan mengawal kualiti alam sekitar. contohnya, Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 1985(pindaan)
  • Menggunakan "Pengasing Elektrostatik" iaitu menggunakan daya elekttrostatik untik mengasingkan partikel udara
  • 'Wet Scrubber' ialah alat yang paling ketara digunakan dalam industri besar dan kecil. Alat ini digunakan berdasarkan prinsip dimana satu aliran gas dihubungkan dengan cecair supaya bahan pencemar dapat larut dalam cecair
  • PEnampalan ozon ialah bahagian ozon yang berlubang boleh ditampal dengan mengionkan oksigen di atmosfera melalui penggunaan belon helium. selain itu menembak peluru ozon dengan menggunakan kapal terbang mampu menampal ozon


No comments: